Sabtu, 22 Jun 2013

outsources akaun dan pengurusan syarikat

salam..
Sibuk sesungguhnya.. isu nak kongsi kali ini tentang perakaunan lagi. Selalunya perniagaan perlu di jaga. Budget kena capai dan tumpukan perhatian pada membangunkan perniagaan adalah lebih baik. Namun jika nak tumpu pada akauan dan pengurusan perniagaan, memungkinkan pemilik perniagaan hilang fokus pada membesarkan dan mengembangkan sayap.
Kerana itulah wujudnya perkhidmatan outsource untuk sesetengah bahagian pengurusan. Sebenarnya ada baik dan buruk outsourcessesentagha perkara. Tetapi saya melihat banyak kebaikannya.
pertama dari urusan kos. Daripada anda bayar seorang eksekutif dengan bayaran dua atau tiga ribu, lebih baik anda bayar amunt yang sama untuk setahun bagi mendapatkan khidmat perakauanan luar. Yang tidak memeningkan kepala. yang tahu akaun siap untung rugi tahu. Bila ada pertanyaan ajukan pada mereka. memang menjimatkan.
Untuk perniagaan anda lebih masa tumpukan pada pembesaraan syarikat dan urusan lain. Lagi bagus kalau ada pakej untuk yang lain  lain jika perlu. Dengar khabar HR dan IT pun ramai yang ambil outsource service, memang berbaloi. Bukan sekadar syarikat kecil malah syarikat besar juga mula buat benda yang sama.
Tentang urusan duit dan kewangan, harga barang dan jualan selalunya rahsia syarikat. K
alau syarikat kecil pun cukup berahsia dengan pekerja. Dengan outsource company pun begitu, selalunya rahsia pelanggan adalah menjadi tangungjawab mereka. Ada perjanjian yang anda akan tandatangani sebelum mengambil mana mana syarikat outsource untuk perkhidmatan yang di tawarkan.
pasal harga dan cas, selalunya mengikut transaksi. Sukar nak kata mahal dan murah, anda tanyalah mereka apa yng boleh mereka beri. Untuk transaksi yang banyak pastinya cas mahal. Jangan lah berkira sangat kalau anda mahu khidmat yang baik dan jauh lebih murah jika nak dibandingkan anda terpaksa bayar gaji pekerja akauan anda dan beli sistem. Fikir fikirkanlah.. selaunya mereka tidak lokek untyuk beri nasihat pengurusan lain jika anda pelanggan mereka. Dan selalunya dicas lain jika anda minta pd kalangan professional.

Jumaat, 31 Mei 2013

Jagalah perniagaaan sebaiknya

salam .. emm dah ujung bulan. ni kalau keje kat mana company pun ..orang akaun akan sibuk buat month end closing..
hari ni nak bicara tentang syarikat perniagaan pembinaan dan kontrak kerajaan. Tahniah kepada yang berjaya mendapat kontrak kerajaan dengan bayran berjuta juta.

Tapi bulan ni saya menyiapkan 5 tahun puny alaporan kewangan syarikat yang mendapat kontrak kerajaan. Meneliti penyata kewangan keluar masuk duit.. sungguh sayang rasanya...perniagaan yang boleh lebih maju ini terkubur dalam kerugian akibat tidak di urus sempurna.

modal kemana pendapatan kemana. \pendapatn perniagaan lesap.. bukan sekadar membayar sub kontraktor.. malah penggunaan peribadi pemilik juga keterlaluan.
Sayang sangat..dengan perbelanjaan berpuluh ribu keluar tanpa henti..

Cadangan saya kepada pemilik perniagaan.. berkiralah sedikit dalam urusan perbelanjuaan.. kerana di situ punca penyalah gunaan keangan yang akhirnya menguburkan perniagaan syarikat itu sendri.

Isnin, 20 Mei 2013

Perniagaan cukup makan

lama betul tak update.. tau je la.. macam macam nak kena buat..
But hari ni nak kongsi cerita. Tajuknya perniagaan cukup makan. Kali ni saya berjumpa dengan seorang peniaga kedai tayar..
Bertuah..dia ada rekod semua jualannya. tapi biasa la perbelanjaan campur campur. Saya faham orang berniaga mana nak kejar kedai dan ke bank.. nasib la ada masuk duit ke bank dan rekod jualan.. jadi dapat la juga kira kira.
Biasa di tanya peniaga ..untung ke rugi. Selalunya mereka kata cukup bayar pekerja beli barang dan berniaga hari hari..tu kira cukup la.. untung la...
But jangan tak percaya ada ramai yang berniaga dalam kerugian.
Cerita pasal perniagaan ini.. tahniah kerana perniagaannya dapat loan 300ribu dr pihak bank.  Not bad .. Jumlah jualan nya sebulan lebih 50ribu, tolak kos dia dapat untung kasar..tapi bila keep detail rupanya dia rugi. perniagaannya berjalan dalam rugi, bila ditolak belanja harian, alat tulis, tools yang kecik kecik dan juga interest dr pinjamannya.
Sebab orang berniaga selalu kira untung kasar.. beli rm10 jual rm15 dah untung rm5. tapi belanja ;lain sewa kedai air letrik, kos lain..rupanya rugi.. Saya buat akaun syarikat ni..rasa takut dalam beberapa tahun ni kalau tak jaga betul mungkin takde tunai nak bayar loan, now boleh la bayar pakai duit pinjam tu..

Jumaat, 3 Mei 2013

harga jualan runcit

Hari yang sibuk singgah..but takde yg tanya peppe.. so ok la..
Hari ni nak kongsi satu benda...

sebenarnya saya kena buat akauan sebuah perniagaan tayar di ibu kota.. emm.. susah juga kalau dah bertahun tahun tak pernah buat akaun.
Tapi bila perniagaan tu dah bertukar dr enterprise ke Sdn Bhd.. akaun kenala buat utk bayar cukai dan rujukan.
But It's ok, not a big deal.. keje saya. Cuma hari ni saya terjumpa calculator.. nak kira harga jualan runcit dari harga kos yang kita beli..
So nak kongsi dengan semua website ni..
Harap dapat membantu semua skit sebanyak.
 cuba klik sini kira kira kos dan harga jual

Isnin, 25 Februari 2013

PERUNCITAN

Ramai orang tak tahu apa itu runcit. Runcit bukanlah kedai runcit sahaja. Semua jualan terus kepada pelanggan di kenali juga sebagai jualan runcit.
Di blog ini saya ingin menulis dan berkongsi pengalaman selama beberapa tahun menguruskan perniagaan runcit.
Ada orang sudah berpuluh tahun berniaga, lebih berpengalaman. Saya tahu itu.. tetapi berdasarkan pengalaman bersama rakan niaga, saya sedia maklum. Ada yang ramai rakan yang tidak merekod dan mengurus perniagaan dengan sempurna atas alasan sibuk.

Maafkan saya kalau saya katakan ramai ramai peniaga yang buat jualan runcit tidak menguruskan perniagaan dengan baik. terutama menjaga kewangan dan stok barangan. Disini saya ingin berkongsi pengalaman yang  tak seberapa yang saya ada untuk membantu anda semua. Yang rasa nak ikut dipersilakan dan yang ras atak nak ikut tak kisah. Saya menulis berdasarkan pengalaman sahaja.

Pengenalan diri saya.
Nama saya seperti dalam profile, saya tidak mempunyai perniagaan sendiri. Tetapi saya menguruskan perniagaan syarikat. Saya seorang akauntan bertauliah, dengan jawatan terakhir sebelum meletak jawatan ialah Ketua Unit Peruncitan di sebuah syarikat yang agak ternama. Now, saya bekerja sendiri.

Saya tahu ramai yang cakap 'cakap senang, nak buat susah' .. Saya tahu memang betul statement tu. Nak buat apa yang saya tulis ni memang agak susah. Tapi kita kena buat sebab kalau tidak kita berniaga dalam gelap, tak tahu untung tak tahu rugi!Sampai bila kita begitu? Sanggupkah kita keluarkan duit dari perniagaan beribu ribu untuk kegunaan peribadi dengan yakin memastikan pembayaran pada pembekal seperti biasa.
Jika jawapannya tidak.. ? anda perlu berubah.
bolehkah anda jawap soalan ini dengan betul?

1.Berapa untung anda bulan ini?
2.Berapa nilai stok anda sekarang?
3. Berapa banyak jualan dan tunai anda berbeza dengan rekod jualan?
Jika anda masih belum tahu angka angka itu, bertindaklah dengan cepat. Selamat berubah.

STOK stok stok..saya menjerit tentang stok. Stok itu duit anda.. biarkan bertabur samlah anda biarkan duit anda bertabur. Barang lapuk berkulat , tak terjual siapa yang rugi? Tahukah anda untung rugi perniagaan anda sangat berkait rapat dengan stock?

DUIT !DUIT! DUIT!.. saya selalu jerit kalau duit short di kaunter, tahukah anda kalau duit nak bayar penghutang pun tak de.. anda dalam masalah. Siapa curi? perkerja atau pelanggan? stock mana hilang? siapa yang rugi? anda kena monitor. Nak atau tidak bukan pilihan . Anda harus buat reconcile setiap hari. Itula kenyataannya. Kalau tak de duit atau kerugian bagaimana nak terus berniaga.. anda bersusah payah orang lain yang kaya? dengan mencuri titik peluh anda?

Pelanggan... lagi satu penting, sibuk macam mana pun marketing tetap di utamakan. Tetapi apa guna pelanggan ramai kalau semua kutipan anda hilang. Saya tak kata pelanggan tak penting tetapi mengurus perniagaan dengan baik juga sangat penting.