Isnin, 20 Mei 2013

Perniagaan cukup makan

lama betul tak update.. tau je la.. macam macam nak kena buat..
But hari ni nak kongsi cerita. Tajuknya perniagaan cukup makan. Kali ni saya berjumpa dengan seorang peniaga kedai tayar..
Bertuah..dia ada rekod semua jualannya. tapi biasa la perbelanjaan campur campur. Saya faham orang berniaga mana nak kejar kedai dan ke bank.. nasib la ada masuk duit ke bank dan rekod jualan.. jadi dapat la juga kira kira.
Biasa di tanya peniaga ..untung ke rugi. Selalunya mereka kata cukup bayar pekerja beli barang dan berniaga hari hari..tu kira cukup la.. untung la...
But jangan tak percaya ada ramai yang berniaga dalam kerugian.
Cerita pasal perniagaan ini.. tahniah kerana perniagaannya dapat loan 300ribu dr pihak bank.  Not bad .. Jumlah jualan nya sebulan lebih 50ribu, tolak kos dia dapat untung kasar..tapi bila keep detail rupanya dia rugi. perniagaannya berjalan dalam rugi, bila ditolak belanja harian, alat tulis, tools yang kecik kecik dan juga interest dr pinjamannya.
Sebab orang berniaga selalu kira untung kasar.. beli rm10 jual rm15 dah untung rm5. tapi belanja ;lain sewa kedai air letrik, kos lain..rupanya rugi.. Saya buat akaun syarikat ni..rasa takut dalam beberapa tahun ni kalau tak jaga betul mungkin takde tunai nak bayar loan, now boleh la bayar pakai duit pinjam tu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan