Jangan pandang remeh pada urusan tunai harian. Saya pasti ramai dari anda yang tahu berapa banyak kutipan tunai hariannya. Anda boleh jawap seribu lebih, tiga ribu atau lain lain.
Tetapi jangan lupakan tugas anda reconcile. Apa ye dalam bahasa melayu? saya gunakan perkataan semak semula.
Saya pasti kebanyakkan perniagaan menggunakan kutipan tunai dan kad kredit. semak kira kira anda begini.
Contohnya pekerja anda memberi anda rm250 untuk kutipan hari ini. Sila tolak dengan jumlah wang dalam laci (atau float atau duit tukar yang memang anda dah letak dlm kanter casher).
contohnya duit dalam drawer rm100. duit yang di serah pad aanda waktu kedai di tutup ialah rm 250.
jadi duit kutipan cuma rm150. ( 250 -100 = 150)
Semak balik ialah anda kena pastikan rm150 itu betul atau tidak. Bagi anda yang mengeluarkan resit sila semak semua resit yang di keluarkan sama dengan kutipan yang di beri.
Untuk memudahkan pastikan pekerja menyerahkan semua resit yang di keluarkan pada hari itu. Bagi kedai yang mempunyai cash register senang untuk cetak keluar laporan jualan pada hari berkenaan. dan cuma 'match'kan dengan kutipan.
Tapi bagi yang buat jualan manual sila kira semua resit yang anda keluarkan. Pastikan sama dengan tunai yang anda terima.
Senang saja. tak ambil masa yang panjang kecuali tak sama... maksudnya ada yang tak betul, semak balik atau minta penjelasan dari pekerja anda atau anda sendiri!
Bagi perniagaan yang terima cek dan kad kredit. Jumlah kutipan anda akan jadi seperti ini:
Jumlah jualan = tunai + jualan kredit + cek
Semak semua , kalau tunai dah betul teruskan semak kad kedit yang masuk dalam data anda. Pastikan slip semuanya ada, dan juga cek yg di terima lengkap ber'sign' dan jumlahnya betul.
CIT CAT pengalaman pasal tunai harian.
Bila ini terjadi:
a. Jumlah resit terkurang kutipan tunai lebih banyak dari resit.
Ada ke pekerja nak bagi duit sendiri pada kedai kita? tak mungkin? maksudnya
1. Ada jualan yang tak di rekodkan.
2. Tersalah bagi pada pelanggan lebihan yang kurang dr sepatutnya
3. lain lain yang anda tak pasti
Banyak kes pekerja ambil duit dr pelanggan tapi tak keluarkan resit. Pelanggan pula tak minta, dan ada dua tiga transaksi, pekerja lupa nak ambik duit tu masuk poket dia. Jadi duit kutipan tu, terlepas kat tokey, tokey dapat tangkap.
b. Jumlah resit banyak, kutipan tunai kurang.
kalau macam ni jadi sah la duit tu hilang. Sama ada pekerja silap bagi kat pelanggan atau lain lain. Selalu kes macam ni saya akan minta pekerja bayar. Kalau banyak potong gaji atau bayar tunai. Sebab siapa suruh silap bayar pelanggan?
Ada kes orang datang guna ilmu ' pukau' . ambil duit beratus ringgit. padahal kita tau staf kita tu keje bagus. Tapi tu takkan jadi hari hari. Terpulang pada budi bicara tokey.
Ni nak bagi tau, Kalau nak potong potong gaji pekerja ni sensetif skit. semak la akta buruh dulu, selalu saya buat form minta mereka sign hari yang sama. Sebab esok lain pulak ceritanya.
Ni cita pasal tunai je.. kan banyak sory mory tu.. Kalau tuan tuan tak semak .. kalau sehari short rm10.. setahun dah 3600? boleh bayar gaji pekerja tu... bill air letrk lagi... lu pikir la sendiri? siapa yang rugi?
Okey jom tengok cerita pasal kad kredit.
Eloknya kalau pakai payment kat kredit ni semak la akaun tiap tiap hari. Sebab bank bayar esoknya. Kalau tak sama jualan dengan bayaran cepatla dapatkan.
Kalau lama lama punya transaksi bank tak layan. Lagi satu slip tu simpan. sebab nanti kalau ada percanggahan bank tak nak bayar, boleh tunjukkan slip tu. selalu mereka minta melalui phone atau fax.
Lagi satu kalau pakai sistem ni.. kekadang kita punya sistem dah receive tapi bank belum approved.. transaksi hang tengah tengah.. dah dapat payment ikut bank. terkurang la terima ..barang dah jual.. tak ke bengang? Tu la simpan slip jualan tu elok-elok!.. pastikan pelanggan tu sign tau..
Tak masuk lagi customer yang complain kata dia tak beli kat kedai kita.. saba je la.. semua ni ada.
Bayaran pakai cek
Ni lagi satu masalah. Cek tendang, tendang la diorang balik kehkehkehh... lawak jap. Cek tendang bukan pasal take duit je.. tapi pasal banyak pasal lain jugak.
masa terima cek tu pastikan la ambik data pelanggan tu, no ic ke no phone ke dan lain lain. Nanti kalau cek dia tendang kan sennag nak cari dia untuk dapat payment ? Kalau pelanggan tak kenal tu elakkan la terima cek. Tapi kalau bankers cek tak pe.. tu pasti ok punya.
Ynag kedua nya tengok cek tu elok elok.. pastikan bersign, ada jumlah. tulisan huruf dan jumlah tu sama dan cek tu tak rosak atau berconteng.
Sediakan payung sebelum ujan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan