Di blog ini saya ingin menulis dan berkongsi pengalaman selama beberapa tahun menguruskan perniagaan runcit.

Maafkan saya kalau saya katakan ramai ramai peniaga yang buat jualan runcit tidak menguruskan perniagaan dengan baik. terutama menjaga kewangan dan stok barangan. Disini saya ingin berkongsi pengalaman yang tak seberapa yang saya ada untuk membantu anda semua. Yang rasa nak ikut dipersilakan dan yang ras atak nak ikut tak kisah. Saya menulis berdasarkan pengalaman sahaja.
Pengenalan diri saya.
Nama saya seperti dalam profile, saya tidak mempunyai perniagaan sendiri. Tetapi saya menguruskan perniagaan syarikat. Saya seorang akauntan bertauliah, dengan jawatan terakhir sebelum meletak jawatan ialah Ketua Unit Peruncitan di sebuah syarikat yang agak ternama. Now, saya bekerja sendiri.
Saya tahu ramai yang cakap 'cakap senang, nak buat susah' .. Saya tahu memang betul statement tu. Nak buat apa yang saya tulis ni memang agak susah. Tapi kita kena buat sebab kalau tidak kita berniaga dalam gelap, tak tahu untung tak tahu rugi!Sampai bila kita begitu? Sanggupkah kita keluarkan duit dari perniagaan beribu ribu untuk kegunaan peribadi dengan yakin memastikan pembayaran pada pembekal seperti biasa.
Jika jawapannya tidak.. ? anda perlu berubah.
bolehkah anda jawap soalan ini dengan betul?
1.Berapa untung anda bulan ini?
2.Berapa nilai stok anda sekarang?
3. Berapa banyak jualan dan tunai anda berbeza dengan rekod jualan?
Jika anda masih belum tahu angka angka itu, bertindaklah dengan cepat. Selamat berubah.
STOK stok stok..saya menjerit tentang stok. Stok itu duit anda.. biarkan bertabur samlah anda biarkan duit anda bertabur. Barang lapuk berkulat , tak terjual siapa yang rugi? Tahukah anda untung rugi perniagaan anda sangat berkait rapat dengan stock?
DUIT !DUIT! DUIT!.. saya selalu jerit kalau duit short di kaunter, tahukah anda kalau duit nak bayar penghutang pun tak de.. anda dalam masalah. Siapa curi? perkerja atau pelanggan? stock mana hilang? siapa yang rugi? anda kena monitor. Nak atau tidak bukan pilihan . Anda harus buat reconcile setiap hari. Itula kenyataannya. Kalau tak de duit atau kerugian bagaimana nak terus berniaga.. anda bersusah payah orang lain yang kaya? dengan mencuri titik peluh anda?
Pelanggan... lagi satu penting, sibuk macam mana pun marketing tetap di utamakan. Tetapi apa guna pelanggan ramai kalau semua kutipan anda hilang. Saya tak kata pelanggan tak penting tetapi mengurus perniagaan dengan baik juga sangat penting.